Kenali Warna Kulit Anda

Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Semoga anda dalam keadaan sihat dan sejahtera walau dimanapun anda berada.
Untuk entri kali ini, kita akan kenali warna kulit diri sendiri.

Ambil cermin sekarang, 
dan teruskan membaca :)


Terdapat empat jenis warna kulit yang rata-rata dimiliki oleh wanita Asia. 
- Sawo Matang
- Kuning Langsat
- Putih Gading
- Hitam Manis

Setiap jenis warna kulit itu melambangkan kecantikan yang terpulang kepada definisi seseorang. Be proud with your color gorgeous !

Jom kita tengok ciri-ciri setiap warna kulit dan info tambahan berkenannya.

Sawo Matang
Beige / Warm Undertones

Antara mereka yang tergolong di dalam golongan sawo matang memiliki jenis kulit yang agak gelap daripada Kuning Langsat dan Putih Gading. Warnanya manis sahaja. Selalu dimiliki oleh wanita Asia. Contohnya adalah Nabila Huda.



Kuning Langsat
Natural Undertones/Coklat Terang

Mereka yang berwarna kuning langsat ini warna kulitnya agak putih tetapi lebih kepada kekuningan. Tone warna kulit ini berada di tengah tengah antara sawo matang dan putih. Contohnya Neelofa.




Putih Gading
Cool Undertones/Ivory

Bagi anda yang ingin mengenal pasti jika anda tergolong dalam ciri kulit ini adalah memiliki warna kulit yang cerah, atau putih. Contohnya adalah Emma Maembong :)




Hitam Manis
Gelap

Barisan warna kulit yang dimiliki oleh masyarakat etnik Asia yang sikit bilangannya adalah Hitam Manis atau Gelap. Contoh kulit adalah Kajol.

Oh mai. Admin suka gila Kajol. Opsss !
Tapi tahukah anda, Kajol dah semakin cerah dan putih sekarang?
Nanti admin akan share teknologi yang digunakan bagi mencerahkan kulit.
InshaaAllah !




Yang mana satukah anda?
Semoga bermanfaat dan selamat berkongsi dengan yang lain.
Sehingga berjumpa lagi.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

5 Jenama Make Up Halal Yang Terbaik

Kursus Spa Termurah di Malaysia